Pengalaman belajar di Kolej Profesional Mara Beranang

Tempat belajar saya hehe

Bismillah . okay masa dekat sekolah dulu after habis trial spm,seronok la borak dengan member member semua nak sambung apa and dekat mana nanti bila dah habis spm . Memang plan nak sambung asasi takpun matrik la hahaha tak pernah terfikir pun nak sambung diploma sebab orang cakap diploma ni lambat lol .

Then after result keluar , dapat la beberapa tawaran . First tawaran upu dekat Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) untuk sambung tamhidi perakaunan macam asasi akaun la centu haa then dapat matrik akaun dekat mana tah lupa hahahaha lepastu dapat offer full scholar dari Raffles University tapi nak buat macam mana jodoh dekat KPM Beranang jugak kahkahkah .

hm macam mana boleh tahu pasal kpm beranang ni eh? haaa tahu daripada akak miran kalau kenal haha . tahu dekat twitter sebab orang cakap kpm beranang ni one of the best cehceh and senang nak fly hahahaha . Then secara tak langsung kenal kak miran and dia la yang cerita dari A-Z pasal kolej ni . After dia cerita ni tetiba rasa nak masuk kolej ni cecepat huhu .

Thenn apply la dekat sini and Alhamdulillah dapat masuk dengan kos Diploma In Accountancy(DIA) . haa diploma tauu haaa nampak takk dulu kemain tanak sambung diploma sebab lambat hahaha . At last baru aku sedar nak cepat cepat buat apa kan . Kita belajar ni kena enjoy tak boleh stress stress huhu .So, aku dekat sini dari sem 1-sem 5 selama 2 tahun setengah .

First otw nak ke sini aku dah seram dah hahaha beranang ni dekat mana ye la kan tak pernah dengar pulak nama dia dekat pedalaman ke habistu line internet macam mana ada ke pastu orang2 dia macam mana hahaha banyak benda aku fikir .After that semua berjalan dengan lancar je hehehe .

Selama 5 sem aku dekat sini, terlampau banyak kenangan pahit dan manis . Okay aku cerita dari segi pembelajaran dulu . Lecturer-lecturer dekat sini semuaaa best-best hahahaha lagi-lagi dekat accounting department contohmya madam wheng,madam akmar,madam maza,madam kartina dan lain-lain hahaha. Kalau ada apa-apa soalan nak tanya ke,terus je jumpa diorang huhu diorang memang sporting jangan risauu . Kalau nasib baik dapat makanan free kehkehkeh .

Jarak kamsis(asrama) nak ke surau atau nak ke kelas amatlaaa dekat . Senang cerita camni la hahaha kau bangun pukul 8.20 pagi pun kau still sempat sampai kelas pukul 8.30 pagi hahaha .Tak payah risau pun haha nak solat 5 waktu dekat surau pon no problem sebab dekat sangat . Senang cerita semua bangunan berhampiran huhu .

Next , kalau nak pergi library , library bukak setiap hari kecuali jumaat malam,sabtu and ahad haaa kalau nak tengok tv ke nak belajar ke nak main wifi ke nak lepak dekat sofa sambil baca surat khabar ke semua bolehhh .Tapi kalau ramai orang guna wifi , slow sikit wifi dia huhuhu .

After that, nak cerita tentang kamsis pulak haaa kamsis ni selesa semua ada kecuali wifi je takde kehkehkeh . Oh yaa ada certain time berlaku masalah air tak ada or terputus bekalan elektrik so get ready je la eh hahaha . And make sure bilik sentiasa kemas tau sebab felo anytime boleh naik untuk check bilik2 korang semua hahaha . Kalau nak outing,paling lambat kena masuk sebelum pukul 8 malam . Haa kalau lebih tu kena isi nama dekat guard kehkeh .

Kalau nak bersukan pulak, futsal street ada belakang kamsis lepastu nak main takraw ada belakang cafe lepastu nak main badminton boleh main dekat dewan lepastu nak main bola tampar boleh main dekat court dia em cuma sedih sebab tak ada tempat main bowling hahaha .

Haaa dekat sini kan takde syarat kau perform masa spm , konfem kau perform masa diploma . tak tak . Kawan kawan aku majoriti semua spm dia 1A,2A,3A and ada je yang tak ada A tapi bila dekat sini perform terukk every sem 4flat lepastu cgpa maintain 3.9+ . Semua orang boleh dapat kalau dia belajar . tak ada istilah kau pandai aku tak . Okay ?

Haa dekat sini yang bestnya adalah kita akan belajar bahasa mandarin selama 3 sem stat sem1-sem3 . Memang kelakar ah hahahaha and best gila belajar bahasa mandarin ni sekarang ni job vacancy yang ada ni pun , advantage dekat orang yang belajar bahasa mandarin ni tauuu huhuhu .

Dulu fikir nak sambung asasi je sebab nak cepat habis hahaha tak pernah pun nak rasa enjoy belajar . Then bila masuk kpm,baru dapat rasa enjoy gila belajar and tak ada pressure langsung huhu tu yang seronok sangat hehehe.

Okay sampai sini je dulu introduction huhuhu kalau nak tanya soalan boleh comment okay (:

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Klu bi so so je, ada mslh x bljr kt kpm ni? Dlm peksa blh jwb dlm bm tak?

    ReplyDelete
  3. Aslm , saya dpt kpm beranang kos science komp. Saya taktahu saya patut pergi atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, hye, we dont know each other but I so interested to know you amd be friend with you . I dpt sama kos dgn you . You should go. Maybe kita boleh jadi kawan rapat heheh

      Delete
    2. Hi. Nak tau, camne nak apply utk 2nd batch? Maksud saya yang DKM tu. Thanks!

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hai nak tanya dekat kamsis ade bilik gosok tak ? ;')

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,saya nak tahu apa bidang dekat kolej professional beranang

    ReplyDelete
  7. Permohonan bula bila ya?Ada dapat Surat tawaran .atau Kita kena Mohon online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Boleh mohon dekat laman web mara iaitu ipma. Disitu ada pelbagai jenis kpm

      Delete
  8. Yurannya sangat berpatutan dan elaun pun dapat. Tapi tak dikenakan ptptn sebab under mara

    ReplyDelete
  9. klau time pendaftaran kena bayar apa2 tak? selain yuran 320 tu?

    ReplyDelete
  10. hostel mcm dok maktab jgk ke? i mean plain bedsheet etc. ada dobi x?

    ReplyDelete
  11. ada sape sape dpt kpm beranang tak

    ReplyDelete
  12. Brpe total yuran kena bayar

    ReplyDelete
  13. hi nak tanya. Belajar bahasa mandarin tu ada dalam course lain juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup every course do have mandarin language subject. It's like an elective subject but compulsory

      Delete
  14. boleh tau... so skrg futher study di mna..maksudnya ada smbung ke ijazah sarjana muda ke tak

    ReplyDelete
  15. Hi! I got dip in accountancy in kpm indera mahkota. But still i donno whether i should go or not

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly...if adik rasa strong utk wat akaun dan minat.gooo...but to be true..course akaun ni tough...be prepare ya..

      Delete
  16. Salam nak tanya.. Lepas mohon dia suruh cetak kan? Lepastu borang tu kena pos ke macam mana? Nak pos ke alamat mana? Kurang jelas sikit

    ReplyDelete
  17. bagus sharing.,,btw..ade adik2 yg baru lepas spm minat nak msuk program pendidikan awal kanak-kanak tak?akak bole shareinfo...ples wsp 011-16930576..if nak tye psl program lain pun bole akak advice..no charge pun...share je

    ReplyDelete
  18. kalau apply tuk masuk senang x nak dapat..or still kena fight dari segi result,kekosongan tempat dan lain2?

    ReplyDelete
  19. Apa lg course elective yg compulsory?

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. LEPAS DAH HABIS DIP KAT KPM NI KAN, KITA BOLEH APPLY ANY LOCAL UNI MCM BIASA EH? TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konfem boleh cuma limited nanti kat bidang yg diambil kalau nak teruskan degree bidang lain ikut budibicara uni tu

      Saya nak tanya empunya blog
      Kalau rm300 tu cukup x untuk survive ?
      Saya rasa mcm tak lmao 😂😭

      Delete
  22. salam, saya berminat nak masuk kpm untuk course computer science. Kalau dari segi schedule, kpm ni relax2 macam universiti ataupun pack macam matrik/mrsm?

    ReplyDelete
  23. salam, KPM mana yang bagus untuk diploma in accountancy?beranang atau ayer molek?

    ReplyDelete
  24. hi. boleh tak saya tahu subject for every semester ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Seorang kawan yang sangat 'jahat' hahahaha